Majlis Bandaraya Ipoh telah menganjurkan Program Raikan Raya 2024 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Lorong Seni @ Lorong Panglima, Ipoh.
Ia bertujuan untuk memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri melalui penyertaan pengunjung bagi aktiviti Pertandingan Teka Kuih Raya Tradisional dan Pertandingan peragaan baju raya tradisional.
Acara tersebut turut dimeriahkan dengan selingan lagu dari KOMBO dan GWB, MBI bagi meriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ia turut disertai oleh Pondok Kopi 68 yang menjual kopi tempatan.
Program ini telah merancakkan lagi jualan seni kraftangan yang dijual oleh penggiat-penggiat kraf tempatan.
Source: MBI FB