Program Pembudayaan Amalan Penggunaan Tong Sampah Di Kalangan Warga Ipoh

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Majlis Bandaraya Ipoh mengagihkan sebanyak *2,491* unit tong sampah (120 liter) secara percuma serentak di empat kawasan dan pelancaran program di semua lokasi telah disempurnakan oleh Ahli Majlis bersama Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon – Zon berkenaan melalui Program Pembudayaan Amalan Penggunaan Tong Sampah di Kalangan Warga Ipoh seperti berikut :-
 
1) Ybhg. Clr. Dr Richard Ng
(Ahli Majlis Zon 14)
Taman Melor – *286* rumah
 
2) Ybhg. Clr. Datuk Ahmad Hariri Bin Kamarudin (Zon 16)
Kampung Temiang – *144* rumah
 
3) Ybhg. Clr. En Jaya Ganesh A/L Selvaraju (Zon 18)
Taman Rishah – *849* rumah
 
4) Ybhg. Clr. Datuk Haji Mohd Nasri Bin Shaari (Zon 22)
Taman Rapat Setia Baru – *588* rumah
 
Sementara itu Ybhg. Clr. Datuk Mazlan Bin Abd Rahman (Zon 1), Ketua Whip Ahli Majlis telah mengagihkan *624* tong sampah di *Taman Muhibbah, Taman Berjaya dan Kampung Baru South Ward, Tanjung Rambutan*
 
Risalah bertajuk “Penyediaan Tong Sampah Di Premis Perniagaan Dan Rumah Kediaman” turut diedarkan kepada setiap penerima tong dalam usaha berterusan MBI bagi meningkatkan kesedaran awam tentang kaedah / cara membuang sampah dengan betul.

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News