Program Outreach YDH Dato’ Ketua Polis Perak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
YDH CP Dato’ Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, Ketua Polis Perak meluangkan masa menyantuni majlis ” Remember Sunday And Wreath Laying” anjuran British High Commission Kuala Lumpur di Taiping Commonwealth War Graves Commission Cemetery Jalan Bukit Larut Taiping.
 
Majlis diadakan bagi memperingati perajurit perajurit yang terkorban semasa perang dunia kedua dan juga semasa darurat. Pahlawan negara seharusnya sentiasa dikenang kerana mencipta ketamadunan negara kepada bumi bertuah ini. Perjuangan mereka sama ada di era sebelum merdeka, mahupun pasca merdeka terus menjadi titik tolak bagi permulaan dalam kandungan sejarah negara.
 
Majlis turut dihadiri YDH ACP Razlam bin Ab Hamid – Ketua Polis Daerah Taiping, YDH Supt Abdul Malik bin Ismail – Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, DSP New Peter Leong – Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Taiping, Mr. Charles Hay – Pesuruhjaya Tinggi British, Penasihat Undang-Undang dan wakil Kedutaan 25 negara Komanwel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Stay Connected
Latest News