Ada sebarang aduan, pertanyaan, atau masalah yang ingin disuarakan? Bawa segala isu anda ke sini! Kerajaan Negeri Perak sedia mendengar dan membantu.
Kerajaan Negeri Perak akan menganjurkan Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Siri 7 bagi tahun 2024. Ini adalah peluang anda untuk berinteraksi terus dengan pihak kerajaan dan mengemukakan sebarang soalan, cadangan, atau aduan. Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi pandangan dan mendapatkan maklumat secara langsung.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 30 September 2024 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Lokasi: Stadium Indera Mulia, Perak
Semua dijemput hadir untuk bersama-sama menjayakan program ini!
Source: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak FB