Adalah dimaklumkan Program Kad Perak Sejahtera merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Perak melalui skim bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan barangan keperluan dan kos sara hidup untuk rakyat Negeri Perak. Program ini mensasarkan seramai 20,000 orang penerima yang layak dari kalangan yang berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar.
Sukacita dimaklumkan bermula tahun 2024, para penerima Program Kad Perak Sejahtera akan menikmati manfaat kemudahan untuk pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM100 secara bulanan di kedai dan pasaraya panel terpilih manakala manfaat kad kesihatan yang dilaksanakan sebelum ini TIDAK LAGI DITERUSKAN. Kerajaan Negeri akan memanfaatkan sepenuhnya Skim Perubatan MADANI yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Program Kad Perak Sejahtera ini merupakan salah satu inisiatif dalam membantu meringankan beban golongan ini terutama dalam keadaan rakyat berdepan dengan pelbagai situasi ekonomi yang tidak menentu. Sebarang maklumat lanjut mengenai program ini boleh menghubungi Sekretariat Pembangunan Wanita & Masyarakat Negeri Perak.
Source:Wanita Perak FB