Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak, melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat, akan menganjurkan Program Jerayawara C.A.K.N.A Perak Sejahtera 2030 – Jerayawara Advokasi Kesedaran Keganasan Rumah Tangga Dan Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bentuk keganasan dalam institusi kekeluargaan serta mewujudkan Komuniti lebih cakna dan bertindak sebagai ‘mata dan telinga’dalam menangani isu ini.
PENGISIAN PROGRAM
Slot 1 – Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak (JKM)
Tajuk : Akta Keganasan Rumahtangga 1994 –
Hak mangsa dalam undang-undang dan Gangguan Seksual terhadap Kanak-Kanak
Slot 2 – Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perak (JPW)
Tajuk : Taklimat Akta Antigangguan Seksual (AAGS)
Slot 3 (Interaktif) PDRM
Tajuk: “Jadilah Mata & Telinga: Tindakan Komuniti Dalam Pencegahan & Perlindungan”



SAHKAN KEHADIRAN ANDA PADA QR KOD DI BAWAH ATAU KLIK LINK DI SINI :
Source:Wanita Perak