Pegawai Rendah Polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ipoh semasa sedang menjalankan tugas rondaan telah memberikan bantuan memadam kebakaran kenderaan orang awam yang terbakar secara tiba-tiba di Lampu Isyarat Taman Wing Onn, Ipoh. Tindakan pantas dan kecekapan kedua-dua pegawai Polis tersebut telah berjaya mengelakkan kemalangan jiwa kepada pengguna jalan raya dan menyelamatkan kenderaan orang awam daripada musnah terbakar.
Pegawai Rendah Polis Trafik yang bertugas ialah L/Kpl Khairin Ikhwan bin Kamarudin dan
Konstabel Mohd Aizuddin bin Mohd Yeh.
Souce: Polis Daerah Ipoh FB



