Kategori 1: REKA CIPTA LOGO MSN PERAK
Kategori 2: REKA CIPTA MOTO
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Peserta boleh menyertai kedua-dua kategori tetapi hanya layak memenangi satu hadiah utama sahaja.
3. Portfolio rekabentuk (makna/huraian) hendaklah disediakan
dalam format JPEG/PNG/PDF & rekabentuk sahaja dalam bentuk PSD/AI/PNG.
4. Elemen rekabentuk Logo & Moto adalah terbuka kepada kreativiti peserta berdasarkan imej sukan dan bertemakan identiti serta ikonik Negeri Perak.
5. Rekabentuk Logo & Moto mestilah mempunyai identiti warna bendera Negeri Perak dan tidak melebihi lima(5) warna.
7. Semua jenis reka bentuk mestilah asli dan tidak meniru dari
mana-mana pihak.
8. E-mel penyertaan pertandingan reka cipta Logo & Moto ke msn@perak.gov.my besertakan nama penuh, no.kad pengenalan dan nombor telefon.
9. Logo & Moto yang diterima akan menjadi hak milik penuh Majlis Sukan Negeri Perak dan tidak akan dikembalikan, Majlis Sukan Negeri Perak berhak mengubah suai dan meminda reka bentuk Logo & Moto yang terpilih.
10. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 Februari 2025 (Jumaat), 11.59 malam.
Rujuk Iklan Pertandingan di pautan;
https://portal.msnperak.gov.my/pertandingan-reka-cipta…/
Source:Majlis Sukan Negeri Perak