Pertandingan Mereka Cipta Maskot 2.0

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Zoo Taiping & Night Safari ingin memaklumkan bahawa Pertandingan Mereka Cipta Maskot 2.0 bermula 10 Julai hingga 10 Ogos 2024. Pertandingan Pertandingan Mereka Cipta Maskot bertujuan untuk memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia yang berbakat untuk mencipta maskot yang bukan sahaja unik tetapi juga menggambarkan identiti Zoo Taiping & Night Safari.
 
TERMA DAN SYARAT BARU:
1. Tarikh Pertandingan:
– Bermula: 10 Julai 2024
– Berakhir: 10 Ogos 2024
 
2. Syarat Penyertaan:
– Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
– Hanya lakaran haiwan Seladang sahaja yang diterima.
– Penyertaan mestilah asli dan tidak meniru dari mana-mana sumber.
 
3. Cara Penyertaan:
– Lakaran hendaklah dipaparkan melalui tiga pandangan: sisi, hadapan, dan belakang.
– Menggunakan format AI (Adobe Illustrator) atau JPEG dengan resolusi minimum 1280 x 960.
– Lakaran hendaklah dicetak pada kertas bersaiz A3 dan dilekatkan pada mounting board.
 
4. Penghantaran Penyertaan:
– Sila hantar borang penyertaan yang lengkap berserta dengan lakaran maskot ke alamat berikut:
Zoo Taiping & Night Safari
Jalan Taman Tasik Taiping,
Taman Tasik Taiping,
34000 Taiping, Perak
Tel: 019-4815351
 
5. Hadiah:
– Hadiah utama: RM 2,000
– 5 x Saguhati: RM 150
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak pengurusan Zoo Taiping & Night Safari melalui talian 019-4815351. Marilah kita bersama-sama menjadikan Zoo Taiping & Night Safari lebih menarik dengan kehadiran maskot baru yang menggambarkan keunikan Seladang!

Source:Zoo Taiping & Night Safari FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News