Y. Bhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-51 Koperasi Pekerja-Pekerja Majlis Bandaraya Ipoh Berhad.
Ia turut dihadiri oleh Encik Muhamad Akmal bin Ibrahim, Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak Wilayah Negeri dan Encik Mahendran a/l Suppiah Raman;
Pengerusi Koperasi Pekerja-pekerja Majlis Bandaraya Ipoh Berhad.
Dalam ucapannya, beliau menyeru agar Koperasi ini terus menjadi pelindung kepada kebajikan para anggota sama ada melalui tabung-tabung kebajikan atau perkhidmatan sokongan yang lain, bagi memastikan tiada anggota yang tercicir daripada perhatian Koperasi.
Menurut beliau lagi, kekuatan sebenar sebuah Koperasi bukan sekadar pada angka, tetapi pada rasa kebersamaan dan semangat kekeluargaan yang hidup dalam kalangan anggotanya.
Beliau juga turut mengumumkan bayaran dividen atas modal yuran sebanyak 10% dan dividen atas modal syer sebanyak 10% dengan jumlah keseluruhan RM 2.42 juta.
Untuk makluman, Koperasi MBI berada di kedudukan 116 Koperasi Terbaik daripada 16,000 di Malaysia dan ke-10 di negeri Perak. Modal anggota Koperasi telah mencecah RM 24 juta dan aset pembiayaan mencapai RM 35 juta. Angka ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi anggota kepada Koperasi.
Source:MBI



