YB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar bin Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak telah hadir menyaksikan Majlis Menandatangani MOU Antara MBI & Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) petang tadi.
MBI telah diwakili oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi Bin Baharin@Md Daud Datuk Bandar Ipoh dan Yang Berusaha Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI manakala KUDR pula diwakili oleh Y.Bhg. Datuk Redza Rafiq Bin Abdul Razak, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan Yang Berusaha Encik Adham Nasri Bin Mohamad Ketua Pegawai Eksekutif Koridur Utiliti Darul Ridzuan.
Source:MBI FB