Majlis Taklimat kepada Pelesen-pelesen Bazar Ramadan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Majlis Bandaraya Ipoh telah mengadakan Majlis Taklimat kepada Pelesen-pelesen Bazar Ramadan dalam kawasan pentadbiran MBI Tahun 2024M/1445H. Perasmian Majlis disempurnakan oleh Y.Bhg. Clr. Datuk Mazlan bin Abd Rahman, Ketua Whip Ahli Majlis MBI. Majlis turut dihadiri Y.Bhg. Clr. En. Mohamed Helmi bin Mohamed Fuzi.
 
Taklimat disampaikan oleh Dr. Pathma Sree Rama Reddy dan Pn. Chang Siew Yee dari Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Ustaz Mohd Albar bin Mhd Hassan dari Bahagian Halal, Jabatan Agama Islam Perak, En. M. Raman a/l Maran dari Jabatan Kesihatan Persekitaran MBI, En Aswad bin Abd Rashid wakil dari syarikat Biovisma Sdn. Bhd. rakan strategik ekonomi kitaran MBI dan wakil dari Maybank Perak. Klinik Jannah Meru juga turut hadir membuka booth promosi bagi mana-mana peniaga yang hendak mendapatkan suntikan anti-typhoid pada harga istimewa. Seramai 700 pelesen bazar ramadan menghadiri taklimat ini.
 
Program ini adalah komitmen dan usaha MBI dalam memberi penerangan dan kesedaran supaya makanan yang sedia dan dipamer untuk jualan oleh peniaga-peniaga Bazar Ramadan dalam kawasan pentadbiran MBI adalah bersih, selamat, penyediaan makanan yang halal dan berkualiti untuk dimakan. Semoga melalui taklimat yang disampaikan risiko keracunan makanan di Bazar-Bazar Ramadan dapat dielakkan.
 
Konsep Bazar Ramadan MBI Mesra Alam melalui aktiviti kitaran ekonomi juga akan dijalankan iaitu galakkan penggunaan bungkusan makanan jenis biodegradable dan membawa bekas makanan sendiri oleh pengunjung bazar, Kutipan Minyak Masak Terpakai untuk dijadikan ‘bio-fuel’ dilaksanakan oleh rakan strategik MBI iaitu Biovisma Sdn. Bhd., Menggalakkan penggunaan bayaran tanpa tunai/e-wallet dalam urusan jual beli dengan usahasama Maybank dan program MySafeFood@Ramadan2024 iaitu agihan lebihan makanan yang tidak terjual akan dikumpul oleh Pemuda Gema Perak dan akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan

Source: MBI FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News