Majlis Bandaraya Ipoh telah meluluskan cadangan pembangunan sebahagian tanah seluas kira-kira 1.9 ekar di Kawasan Eko-Pelancongan Tasik Cermin kepada Syarikat Sahabat Selamanya Sdn Bhd yang merupakan syarikat utama kepada Syarikat Kin Loong Valley Sdn Bhd (Chang Jiang White Coffee) bagi tujuan pembinaan kafe dan taman.
Pembangunan yang telah dilaksanakan terdiri daripada bangunan dapur utama, bangunan restoran (ruang makan) serta fasiliti seperti tandas dan surau. Pembinaan taman pula akan dijalankan pada masa akan datang.
Chang Jiang White Coffee merupakan syarikat pertama yang mengeluarkan produk “White Coffee” pada tahun 70-an di sebuah kedai kopi. Chang Jiang adalah penghasil dan pengilang utama Serbuk Kopi dan Teh di pasaran Negeri Perak. Syarikat ini juga memiliki beberapa kafe dengan konsep berbeza iaitu “Rumah Style Cafe” di Jalan Windsor, “Kopitiam Style Café” di Bangunan Casuarina, “Guangdong Garden Style Café “ di People’s Park dan kini “Limestone Valley Style Cafe” di Tasik Cermin.
Kin Loong Valley adalah sebuah cafe yang terletak di kawasan batu kapur kuari yang sinonim sebagai mineral yang penting dan bermakna bagi negeri Perak. Keunikan kawasan batu kapur ini akan menjadikan kafe ini sebagai tumpuan para pelancong dari dalam and luar negeri.
Para pengunjung juga dapat menjamu selera sambil menikmati keindahan pemandangan di sekitar kawasan ini.
Chang Jiang berhasrat untuk mempromosikan tempat ini ke seluruh Malaysia dan dunia. Tempat ini diharap akan menjadi lokasi wajib dikunjungi oleh para pelancong apabila melancong ke Negeri Perak khususnya Ipoh.
Souce: MBI fb