Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer oleh The Lost World of Tambun Ipoh kepada PDRM Perak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer oleh Taman Tema The Lost World of Tambun, Ipoh, Perak kepada PDRM Perak telah diadakan di perkarangan Balai Polis Tambun, Ipoh, Perak. Sumbangan komputer ini merupakan satu bentuk tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) oleh Taman Tema The Lost World of Tambun untuk kegunaan dan kemudahan PDRM Perak dalam melaksanakan tugas di Balai-Balai Polis bawah pentadbiran IPD Ipoh. Majlis telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato’ Pahlawan Azizi bin Mat Aris, Timbalan Ketua Polis Perak dengan menerima sumbangan komputer daripada pihak pengurusan Taman Tema The Lost World of Tambun.
 
Turut hadir, YDH Supt. Mohamed Nordin bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Pentadbiran); Encik Nurul Nuzairi bin Mohd Azahari, Pengurus Besar The Lost World of Tambun; Encik Wira bin Ismail, Pengurus The Lost World of Tambun; Insp. Josin bin Amatin, Ketua Polis Balai Tambun dan SM Mohd Tajuddin bin Mohd Ros Penolong KPB Tanjung Rambutan.

Source: Polis Daerah Ipoh FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News