Majlis Penyerahan Peti Lawatan Polis Dan Program High Profile Policing IPD Ipoh Di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Ipoh Timor/Adun Canning

Facebook
WhatsApp
Telegram
Email
X

Majlis Penyerahan Peti Polis dan Program High Profile Policing (HPP) di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Ipoh Timor/ADUN Canning telah disempurnakan oleh YDH ACP Yahaya bin Hassan, Ketua Polis Daerah Ipoh. Pada Majlis tersebut, Ketua Polis Daerah Ipoh telah menandatangani buku lawatan dan memasang Peti Polis serta mengadakan sesi ramah mesra bersama YB Puan Jenny Choy Tsi Jen, ADUN Canning merangkap Timbalan Yang Dipertua DUN Perak dan warga kerja di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Ipoh Timor/ADUN Canning.

Selain itu, Program “Jom Ngeteh” PDRM turut diadakan bersama YB Puan Jenny Choy Tsi Jen, ADUN Canning dan warga kerja Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Ipoh Timor/ADUN Canning bagi mendapatkan maklum balas mengenai isu-isu keselamatan kawasan setempat.

Turut hadir Supt. Mohamad Nordin bin Mohamed, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Pentadbiran); Supt. Lee Swee Sake, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi); DSP Nor Akmal bin Ramli, KBPJKKD Ipoh, Ketua-Ketua Bahagian IPD Ipoh, Ketua-Ketua Polis Balai di bawah kawasan Parlimen Ipoh Timor dan ADUN Canning; Encik Lam Yew Tect, Ahli Majlis Bandaraya Ipoh dan wakil Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Ipoh Timor dan ADUN Canning

Source: Polis Daerah Ipoh FB