MBI telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Utama Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2023 secara langsung melalui ‘Facebook’ di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI.
Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian 10 cabutan bertuah hadiah utama Cukai Taksiran MBI Tahun 2023. Sebelum itu, Y.Bhg. Dato’ Azizul Kama bin Abd Aziz, Ahli Majlis MBI telah mencabut 8 cabutan bertuah, Clr. Encik Ng Haen Vee, Ahli Majlis MBI mencabut 7 cabutan bertuah manakala Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya pula mencabut 5 lagi cabutan bertuah.
Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis MBI, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.
Pada tahun ini, pihak Majlis telah menawarkan 230 hadiah-hadiah yang menarik berupa wang tunai berjumlah keseluruhan RM76,000 untuk dimenangi oleh wargakota yang bertuah dengan hadiah utama bernilai RM20,000.00. Ini merupakan tahun ketiga pihak Majlis menawarkan hadiah secara wang tunai.
Sehingga 28 Februari 2023 iaitu tarikh tutup penyertaan cabutan bertuah ini, sebanyak 141,283 bil telah dibuat pembayaran setahun yang mencatatkan jumlah bayaran lebihan sebanyak RM 34.16 juta. Manakala bagi kutipan hasil keseluruhan pula telah mencatatkan jumlah sebanyak RM90.0 juta berbanding RM83.0 juta dalam tempoh yang sama pada tahun 2022.
Source:MBI FB