Majlis Menghargai Jasa Hero-Hero Malaysia & Tayangan Perdana Filem ‘Juang’

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
PINCER MBI Studio Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh akan menganjurkan Majlis Menghargai Jasa Hero-Hero Malaysia & Tayangan Perdana Filem ‘JUANG’ pada 5 September 2022 (Isnin) mulai jam 6.00 petang hingga 11.00 malam di Golden Screen Cinema (GSC), Ipoh Parade.
 
Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar telah mempengerusikan Sidang Akhbar majlis tersebut petang tadi. Ia turut dihadiri oleh Encik Kah Fee Yee@Thong, Ketua Pegawai Eksekutif PINCER MBI Studio Sdn Bhd, Encik Khairul Anuar bin Lodin, Ahli Lembaga Pengarah PINCER MBI Studio Sdn Bhd, Encik Allyan Too, Pengarah Eksekutif PINCER MBI Studio Sdn Bhd dan Puan Normah Ahmad, Wakil Pengurus Besar Hotel Impiana Ipoh, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah PINCER MBI Studio Sdn Bhd dan Pengurusan Hotel Impiana Ipoh.
 
Majlis ini dijangka akan dihadiri oleh Wakil YAB Menteri Besar Perak, Wakil Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Datuk Bandar Ipoh merangkap Pengerusi PINCER MBI Studio Sdn Bhd, ADUN, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta barisan frontliner yang terlibat semasa pandemik dan endemik Covid-19.
 
Ia juga akan turut dihadiri oleh beberapa pengarah dan artis terkenal seperti Jack Lim Matt Lai, Aziz M Osman, Luqman Hafidz serta Dato’ Soo Wincci.
 
Tujuan penganjuran majlis tersebut ini adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan barisan hadapan (frontliner) di sepanjang tempoh pandemik dan endemik Covid-19 yang telah melanda Malaysia

Image Source:FB MBI

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News