Tuan Haji Mohd Suhairi bin Mohamad Shah Pengurus Besar (State Stakeholder Affairs – Perak) Regulatory & Stakeholder Management Division Tenaga Nasional Berhad mewakili TNB telah menyampaikan zakat kepada Majlis Bandaraya Ipoh yang diwakili oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.
Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Clr. Tuan Haji Azmy bin Mohamed Nazir, Ahli Majlis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Agama Islam MBI, Ahli Majlis dan Ketua Jabatan MBI.
Jumlah duit zakat kategori Asnaf Fisabilillah yang diterima oleh MBI dari TNB adalah berjumlah RM70,000.00 MBI bersama TNB telah menjalinkan kerjasama untuk mengadakan Program Wakallah Zakat Fisabilillah iaitu mengadakan pengagihan kepada 100 anggota/kakitangan MBI yang mempunyai anak yang masih bersekolah dan menyambung pelajaran di IPTA/IPTS.
Setiap seorang anggota akan menerima sebanyak RM400.00 untuk keperluan/perbelanjaan persekolahan/pengajian anak-anak mereka.
Program seumpama ini adalah kali kedua diadakan di antara MBI dan TNB.
Semoga ia akan membantu meringankan beban anggota dan kakitangan MBI dalam meneruskan kehidupan mereka khususnya dari aspek pengajian dan persekolahan anak-anak mereka.
Source: MBI