YDH ACP Yahaya bin Hassan, Ketua Polis Daerah Ipoh telah mengadakan lawatan prihatin dan penyerahan sumbangan bantuan kepada waris kes SDR yang mana si mati, merupakan seorang OKU.
Ini adalah salah satu inisiatif proaktif pihak PDRM Daerah Ipoh sebagai tanda prihatin dan simpati warga PDRM Daerah Ipoh terhadap kebajikan waris bagi meringankan beban keluarga si mati yang meninggal dunia akibat kemalangan, di Kg Tasek, Ipoh.
Turut hadir, Supt. Lee Swee Sake, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi); DSP Wan Rosli bin Wan Hassan, KBSJND Ipoh; DSP Salim bin Ahmad, KBIPS Daerah Ipoh; Insp. Mohd Zafril bin Kamarozaman, Ketua Polis Balai Kg Tawas; dan Pegawai Rendah Polis dari Balai Polis Kg Tawas, Ipoh Perak.
Source & Image credit: FB Polis Daerah Ipoh