Supt. Lee Swee Sake, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi) mewakili Ketua Polis Daerah Ipoh bersama rombongan telah membuat lawatan prihatin ke atas mangsa kes samun ragut yang tinggal di Pasir Pinji, Ipoh Perak. Dalam kes ini, mangsa dan isteri telah mengalami kecederaan luka di seluruh badan setelah terjatuh dari motosikal akibat diragut oleh 2 orang suspek di Jalan Queen, Pasir Pinji, Ipoh, pada 10/02/2023 jam lebih kurang 0930 hrs.
Semasa lawatan ini, pihak Polis telah memaklumkan kepada mangsa bahawa suspek-suspek yang bertanggungjawab ke atas kes tersebut telah pun berjaya ditangkap dan dituduh di Mahkamah di bawah Sek. 394 Kanun Keseksaan. Mangsa dan ahli-ahli keluarga berasa terharu dengan keprihatinan pihak Polis serta kecekapan pasukan siasatan menyelesaikan kes ini dalam masa yang singkat. Mangsa turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Polis.
Turut hadir, ASP Wan Zahurin bin Zaharin, Ketua Unit Unit Rondaan Bermotosikal, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKKD) IPD Ipoh; ASP Mohamad Kamal bin Bawa, ASP Pentadbiran, BPJKK IPD Ipoh; SM Ramlee bin Mad Isa, Ketua Polis Balai Pasir Pinji; Pegawai-Regawai Rendah Polis dari Balai Polis Pasir Pinji dan BPJKK IPD Ipoh.
Source & Image: Polis Daerah Ipoh FB