YDH ACP Yahaya bin Hassan, Ketua Polis Daerah Ipoh telah menyantuni warga PDRM Daerah Ipoh yang ditimpa musibah banjir dalam kejadian hujan lebat pada 2 Mei 2023. Kpl Zakaria bin Mat Nayan yang bertugas di Balai Polis Jelapang tinggal bersama keluarganya di Taman Desa Impian Bercham, Ipoh, Perak. Beliau mengalami kerugian besar akibat rumahnya telah dimasuki air yang limpah dari longkang besar hadapan rumah semasa dilanda oleh bencana banjir kilat tersebut.
Turut hadir, YDH Supt. Lee Swee Sake, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi); ASP Som Phong a/l Pan, Ketua Polis Balai Bercham; SM Hisam bin Hussain, Penolong Ketua Polis Balai Bercham; SM Zulkifli bin Mahusin, Penolong Ketua Polis Balai Jelapang; Sjn Haslinda binti Mohd Noor Rudin, Cawangan Kebajikan IPD Ipoh dan anggota-anggota Polis daripada Balai Polis Jelapang serta Balai Polis Bercham.
YDH Ketua Polis Daerah Ipoh turut menyampaikan sumbangan peribadi dan sumbangan bantuan daripada Tabung Kelab Polis Ipoh kepada mangsa banjir dan keluarga. Anggota-anggota dari Balai Polis Bercham dan Balai Polis Jelapang turut mengadakan gotong-royong membantu mangsa membersihkan rumah.
Source:Polis Daerah Ipoh FB