Kempen Pencegahan Jenayah Komersil

Facebook
WhatsApp
Telegram
Email
X

Kempen Pencegahan Jenayah Komersil Peringkat IPD Ipoh telah dilaksanakan di Balai-balai Polis di bawah pentadbiran IPD Ipoh. YDH ACP Yahaya bin Hassan, Ketua Polis Daerah Ipoh telah menyerahkan pelekat platform informasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM kepada Ketua-ketua Polis Balai dan wakil untuk dilekatkan pada pintu masuk utama Balai Polis masing-masing. 

Matlamat inisiatif ini adalah untuk memberi maklumat dan pendedahan kepada masyarakat umum berkenaan fungsi dan peranan platform yang telah disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM dalam usaha menangani jenayah penipuan (scam). 

Bagi memudahkan masyarakat umum membuat semakan atau aduan berkaitan jenayah penipuan, PDRM telah menyediakan beberapa platform seperti aplikasi SemakMule di Google Play Store, CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559 atau 03-2610 1599, Whatsapp CCID Infoline di nombor 013-211 1222 dan Facebook JSJK PDRM/Cyber Crime Alert RMP. 

Turut hadir Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Ipoh, ASP Soh Chee Hui, Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis IPD Ipoh.

Image Source:FB Polis Daerah Ipoh