Warga Perak, Bersiaplah! Karnival Saham MITRA Kini di Negeri Anda
Khas untuk komuniti India di Perak — Karnival Saham MITRA kini tiba! Acara yang penuh informasi dan inspirasi ini bertujuan untuk meningkatkan literasi kewangan dan peluang pelaburan bagi masyarakat tempatan.
Butiran Acara:
Tarikh: 6 Disember 2025 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi – 5.30 petang
Tempat: Dewan Bandaran Ipoh (Ipoh Town Hall), Perak
Apa yang Menarik di Karnival Ini?
Taklimat Kewangan & Pelaburan: Dapatkan panduan daripada pakar kewangan untuk merancang masa depan anda.
Taklimat Inisiatif Kerajaan Madani: Kenali peluang dan program yang ditawarkan oleh kerajaan.
Informasi Daripada Agensi Kerajaan: Pelbagai agensi berkongsi informasi berguna untuk masyarakat.
Pembukaan Akaun CDS Percuma: Peluang untuk memulakan pelaburan saham tanpa kos.
Baucar Makanan: 500 peserta pertama akan menerima baucar makanan.
Aktiviti Interaktif: Sertai pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, cabutan bertuah bernilai sehingga RM 20,000.00, gerai makanan, “face painting”, dan persembahan badut magik yang pasti menghiburkan seisi keluarga!
Semua pendaftaran dan aktiviti ini diberikan secara percuma khas untuk komuniti India. Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu kewangan sambil menikmati aktiviti menyeronokkan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Jom Sertai Karnival Saham MITRA di Ipoh, 6 Disember ini!
Source: Bursa malaysia



