Kepada para belia yang berminat dalam bidang pertanian, penternakan, perikanan, atau sebarang projek berkaitan industri asas tani — ini adalah berita baik untuk anda.
Kerajaan kini membuka permohonan bagi Geran Agropreneur Muda Start-Up kepada individu berumur antara 18 hingga 43 tahun yang mempunyai minat dan komitmen dalam bidang-bidang tersebut.
Antara manfaat yang ditawarkan:
Bantuan dalam bentuk barangan bernilai sehingga RM30,000
Tidak perlu dibayar balik
Permohonan dibuka sepanjang tahun dan boleh dibuat pada bila-bila masa secara atas talian di pautan berikut:
👉 https://egam.kpkm.gov.my
Sebarang pertanyaan atau bimbingan lanjut boleh diperoleh melalui jabatan atau agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) seperti DOA, DOF, FAMA, MADA, LPP, KADA dan lain-lain.
Jangan lepaskan peluang ini untuk memulakan langkah anda dalam dunia agropreneur!

Source:Program Agropreneur Muda KPKM