Diskaun 50% untuk Saman-Saman Dipilih

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan gembiranya mengumumkan tawaran istimewa bagi pengurangan saman sebanyak 50% untuk saman-saman tertentu. Tawaran ini diberikan sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023.

Maklumat penting mengenai tawaran ini adalah seperti berikut:

Tarikh: 16 Julai 2023 (Ahad)

Lokasi: Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak

Masa: 8.30 pagi – 3.00 petang

Semua Saman Layak Mendapat Diskaun Kecuali:

1.Kemalangan

2. Saman Nc (Non Compoundable)

3. Saman Status Op Selamat

4. Saman Bicara Mahkamah

5. Saman Berkaitan Kenderaan Berat M/lori

6. Saman Kesalahan Potong Secara Bahaya / Potong Q

7. Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Kecemasan

8. Saman Tidak Patuh Isyarat Lampu Merah

9. Saman Kesalahan Memotong Di Garisan Berkembar

10. Saman Kesalahan Pengubahansuaian Ekzos Kenderaan

Tawaran ini terhad kepada saman-saman tertentu yang telah dipilih. Ia adalah peluang emas bagi individu yang mempunyai saman tertunggak untuk menyelesaikan pembayaran dengan pengurangan sebanyak 50%. Walau bagaimanapun, bayaran hanya akan diterima secara tunai sahaja.

Source:Merdeka360 FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News