Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah mengedarkan 714 unit tong sampah kepada penduduk Taman Meru 2B sebagai sebahagian daripada program “Membudayakan Amalan Penggunaan Tong Sampah” untuk meningkatkan kebersihan persekitaran dan menjadikan Ipoh sebagai bandar paling bersih di Malaysia pada tahun 2023.
Program Membudayakan Amalan Penggunaan Tong Sampah yang melibatkan sebanyak 5 buah lori pagi tadi. Ia turut dihadiri oleh Clr. Dato’ Azizul Kama bin Abdul Aziz, Ahli Majlis MBI Zon 5.
Program ini bermula pada April 2021, ditangguhkan disebabkan pandemik Covid-19 dan dilanjutkan semula pada Februari 2022. Sebanyak 50,323 unit tong sampah telah diedarkan kepada penduduk Ipoh sejak April 2021. Tujuan program ini adalah untuk mencipta budaya kebersihan dan penjagaan alam sekitar di kalangan penduduk.
Pengedaran tong sampah di Taman Meru 2B diharapkan dapat membantu menjaga persekitaran yang bersih dan sihat semasa sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang akan datang. Program ini bertujuan untuk menjadikan Ipoh sebagai bandar paling bersih dan sejahtera dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan awam, serta mendidik penduduk untuk berubah ke arah kehidupan yang membudayakan kebersihan dan penjagaan alam sekitar.
Image credit:MBI FB