Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MBI Tahun 2024

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
MBI telah mengadakan Sesi Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2024 di Hadapan Dewan Mesyuarat MBI pagi tadi. Ia turut disiarkan secara langsung melalui ‘Facebook’ MBI.
 
Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh hadir menyempurnakan 30 cabutan utama Sesi Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2024.
 
Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Clr. Dato’ Mazlan bin Abd. Rahman, Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis MBI, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.
 
Pada tahun ini, pihak Majlis telah menawarkan 230 hadiah-hadiah yang menarik berupa wang tunai berjumlah keseluruhan RM99,000 untuk dimenangi oleh wargakota yang bertuah dengan hadiah utama merupakan Perodua Axia 1.0 E. Ini merupakan tahun pertama pihak Majlis menawarkan semula hadiah cabutan bertuah berupa barangan berbanding empat tahun lepas yang hanya menawarkan wang tunai sahaja susulan daripada pandemik Covid-19.
Pada 8 Mac 2024 yang lalu, pihak Majlis telah melaksanakan 230 cabutan bertuah secara digital bagi mengetahui wargakota yang berjaya menjadi pemenang, dan pada pagi ini pihak Majlis akan mengadakan cabutan khas sekali lagi sebanyak 30 cabutan bagi menentukan pemilik hadiah-hadiah utama yang ditawarkan.
 
Untuk makluman, Majlis telah merekodkan jumlah kutipan bayaran setahun bil cukai taksiran sebanyak RM 64.43Juta. Ini menunjukkan peningkatan pembayaran jumlah bil cukai taksiran sebanyak 15% berbanding tahun 2023 iaitu 112,277 bil dengan jumlah bayaran RM 51.38 Juta.
Pembayaran ini adalah tanda-tanda positif wargakota menyambut baik Bil Setahun Cukai Taksiran yang diperkenalkan serta Cabutan Bertuah yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh.
 
Semoga program ini akan dapat memberi penghargaan kepada wargakota Ipoh yang telah menjalankan tanggungjawab serta berharap sokongan padu yang berterusan dari wargakota kepada Majlis akan membantu merealisasikan hasrat untuk menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Bestari Sejahtera.

Source: MBI FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News