Program Pembudayaan Amalan Penggunaan Tong Sampah Di Kalangan Warga Ipoh

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
YBhg. Dato’ Rumaizi, Datuk Bandar Ipoh telah mengagihkan sebanyak 786 unit tong sampah (120 liter) secara percuma di Taman Perpaduan Koperasi dan Taman Bahagia merupakan Lokasi Serahan ke 28 & 29 melalui Program Pembudayaan Amalan Penggunaan Tong Sampah.
 
Turut hadir, Ketua Whip YBhg. Clr. Datuk Mazlan B. Abd Rahman, YBhg. Clr. Pn. Puteri Holijah Bt. Rali (Ahli Majlis Zon 2), En. M. Nasir B. Marzuki (Ketua Kampung), En. Mior Husin B. Mohamad Rali (Pengerusi JPP Zon 2), dan Encik Muhamad Faiz B. Mahmud (Setiausaha JPP Zon 2).
 
Risalah bertajuk “Penyediaan Tong Sampah Di Premis Perniagaan Dan Rumah Kediaman” turut diedarkan kepada setiap penerima tong dalam usaha berterusan MBI bagi meningkatkan kesedaran awam tentang kaedah / cara membuang sampah dengan betul.

Source: FB MBI

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News