Program ‘Back To School’ Anjuran MBI Bersama Puncak Emas Infra Sdn. Bhd

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh menyampaikan sumbangan keperluan sekolah bernilai RM180 setiap seorang kepada 100 anak anggota MBI dari golongan B40, iaitu 50 orang pelajar sekolah rendah dan 50 orang pelajar sekolah menengah.

Sumbangan keperluan sekolah tersebut terdiri daripada pakaian, beg, tali pinggang, tudung, stokin dan kasut sekolah.

Program ‘Back To School’ anjuran MBI bersama Puncak Emas Infra Sdn. Bhd ini dilaksanakan bawah Local Agenda 21 di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Bangunan MBI pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Tuan Ir. Saiful Azzuan bin Aznam, Pengurus Besar Puncak Emas Infra Sdn. Bhd dan Encik Azham bin Azmi, Pengurus Seksyen Ipoh Puncak Emas Infra Sdn. Bhd dan ketua jabatan MBI.

Source:MBI FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News