Pasukan “Emergency Response” Team (ERT)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar ipoh telah melancarkan Pasukan “Emergency Response” Team (ERT) di Rumah Pangsa Jalan Hospital.
 
Ia turut dihadiri oleh Tuan Mohamad Irwan bin Amernuddin, Penolong Setiausaha Kanan, Sekretariat Muafakat Komuniti Rumah Pangsa Jalan Hospital, Ipoh Selaku Wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Encik Ahmad Hiszam bin Haruddin, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Rumah Pangsa Jalan Hospital, Ipoh, AhliMajlis-AhliMajlis dan Ketua Jabatan MBI.
 
Pewujudan ERT ini pasti amat diharapkan oleh penduduk setempat kerana mereka adalah pihak yang akan dilatih oleh Pasukan Bomba Dan Keselamatan tentang cara-cara memberikan bantuan awal sekiranya berlaku bencana kebakaran di kawasan rumah pangsa ini.
Selain daripada ilmu-ilmu bantuan kecemasan, mereka juga akan didedahkan dengan ilmu-ilmu berkaitan pencegahan kebakaran dan seumpamanya. Ilmu ini juga diharap agar dapat membantu dalam mengurangkan risiko-risiko berlakunya kebakaran yang lebih besar sekiranya dicegah di peringkat awal.
 
Situasi kecemasan sering kali tidak dijangka di mana dan bila ianya akan terjadi. la memerlukan kesiapsiagaan semua pihak dalam mengatur perancangan sebelum kejadian tidak ingini berlaku.
 
Umum mengetahui bahawa kawasan rumah pangsa berisiko tinggi mengalami situasi kebakaran yang teruk dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa, tempat tinggal dan harta benda.
 
Komuniti tidak seharusnya mengharapkan Jabatan Bomba untuk menangani isu-isu kebakaran tanpa memberi sedikit gandingan kerjasama dengan Jabatan Bomba bagi menangani isu-isu kesejahteraan komuniti dalam membenteras dan mengawal kebakaran. Perkhidmatan Bomba berdepan dengan pelbagai cabaran dalam perlaksanaan tugas mereka.
 
Antaranya adalah:
i. Memberi perkhidmatan dan menjaga harta dan nyawa awam;
ii. Berhadapan dengan situasi yang mencemaskan yang memberi tekanan kepada anggota;
iii. Menjaga semangat “morale” anggota bomba.
iv. Kekurangan kelengkapan; serta
v. Mungkin berhadapan dengan bajet yang tidak mencukupi.
 
Bagi membantu menangani kekangan yang dihadapi oleh pihak Bomba dan memastikan persekitaran, nyawa dan harta benda terpelihara, maka “Community Risk Reduction” atau pengurangan risiko komuniti adalah pendekatan yang terbaik. la memanfaatkan penduduk dalam membantu mencegah kebakaran dari pelbagai unsur seperti kecuaian, khianat, kurang ilmu pengetahuan dan sebagainya. Penglibatan komuniti setempat juga akan mampu mencegah serta mengurangkan kadar kematian, kehilangan harta benda yang disebabkan oleh kebakaran.
 
Oleh itu, satu pendekatan yang perlu diambil adalah menubuhkan Pasukan Emergency Response Team (ERT). untuk membantu dalam urusan: –

i. Mengurangkan risiko dari merebaknya kebakaran atau keadaan meruncing serta mencemaskan melalui kaedah campur tangan awal dan pencegahan bagi mengawal situasi;
ii. Campur tangan awal akan mengurangkan kecederaan dan kemungkinan kehilangan nyawa melalui latihan kemahiran pengendalian peralatan-peralatan kecemasan dan mengguna pakai kaedah bantuan kecemasan “first aid”,
iii. Evakuasi penghuni secara teratur dan berkesan;
iv. Mempunyai pelan tindakan kecemasan bagi setiap
situasi; serta
v. Mencerminkan keprihatinan penduduk dan PBT dalam melestarikan kehidupan penghuni.

la merupakan pendekatan perlaksanaan penglibatan awam dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang mungkin timbul di satu-satu lokasi. Program pembangunan komuniti adalah untuk menyemarakkan semangat dan aktiviti sukarelawan di kalangan komuniti bagi membangunkan kawasan setempat demi kesejahteraan komuniti itu sendiri.

 
 
 

Source:MBI FB

Leave a Reply

Stay Connected
Latest News